KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN

How To Use HELPY DELIVERY
August 6, 2019
Show all

KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN

Keusahawanan adalah penting di dalam dunia hari ini. Ia menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Secara umumnya, peranan keusahawanan dalam pembangunan ekonomi bukan setakat meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan. Ia juga melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat. Perubahan ini  disertai oleh pertumbuhan dan peningkatan pengeluaran.

Satu teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi adalah kunci utama kepada perkembangan ekonomi di dalam membina produk atau perkhidmatan baru di dalam pasaran. Aktiviti inovasi juga menjadi pendorong para pemodal atau pelabur untuk melabur di dalam peluang baru yang dicipta. Keusahawanan melalui proses inovasi mencipta pelaburan baru di dalam dunia perniagaan, di mana ia akan menyebabkan ekonomi berkembang, pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar pengangguran.

Keusahawanan melalui proses kreativiti dan inovasi mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia. Ia menyediakan produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. Di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik, mereka akan mencari kaedah yang lebih baik untuk memaksimakan sumber dan mengurangkan pembaziran. Dengan ini, masyarakat akan mendapat produk dan perkhidmatan yang lebih baik pada harga yang lebih murah.

Secara spesifiknya, kepentingan keusahawanan adalah seperti berikut :

  •   MENINGKATKAN PENDAPATAN NEGARA

Sumber ekonomi dan pendapatan Negara banyak dibantu oleh usahawan kerana merekalah yang akan menggerakkan pembangunan ekonomi dalam Negara melalui perniagaan yang mereka jalankan. Bidang keusahawanan adalah sangat lebar dan meluas. Ianya tidaklah terhad di dalam negara sahaja. Namun ianya boleh dijalankan dan dikembangkan kepada peringkat antarabangsa dan di mana sahaja.

Apabila aktiviti perniagaan tersebut telah dapat distabilkan, ianya mampu menarik minat ramai pelabur asing daripada pelbagai Negara untuk melabur dalam perniagaan yang usahawan tersebut jalankan. Hal yang demikian akan meningkatkan pengaliran pendapatan ke dalam negara kita melalui pelaburan asing dari luar negara.

  •  MENAWARKAN PELUANG PEKERJAAN

Usahawan menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan di rumah atau di tempat kerja. Peluang pekerjaan wujud kerana setiap perniagaan yang ditubuhkan memerlukan tenaga manusia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat mengrangkan kadar pengangguran.

Pekerjaan yang dilakukan oleh masyarakat tempatan akan meningkatkan pendapatan penduduk secara keseluruhan. Pendapatan yang diperoleh akan digunakan untuk membeli keperluan mereka. Taraf kehidupan masyarakat akan bertambah baik dan keselesaan masyarakat dapat ditingkatkan.

  •  MENJADI SUMBER INSPIRASI ATAU ROLE MODEL

Kejayaan seseorang usahawan dalam bidang perniagaan yang diceburi akan menjadi sumber inspirasi untuk usahawan lain bagi menceburi dan memajukan perniagaan masing-masing. Sumbangan yang diberikan oleh usahawan kepada masyarakat akan membuka mata dan memberi semangat untuk mereka menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Keusahawanan juga boleh dijadikan pekerjaan alternatif yang terbaik terutama kepada graduan universiti yang sukar mendapatkan pekerjaan dalam sektor swasta mahupun kerajaan. Kejayaan sesorang dalam bidang keusahawanan akan menjadi contoh dan ikutan para graduan. Sifat dan ciri-ciri yang ada pada seseorang usahawan seperti kreatif, berani menanggung risiko dan berorientasikan masa hadapan mampu melahirkan usahawan baru yang baik.

  •  MEMBANGUNKAN INDUSTRI SOKONGAN

Organisasi yang besar lazimnya memerlukan khidmat industri sokongan bagi memastikan operasi dan aktiviti perniagaan berjalan dengan lancar. Kweujudan industri sokongan ini dapat mempercepat pertumbuhan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera melalui penglibatan golongan bumiputera dalam bidang perniagaan.

  •   MENYUMBANG SEBAHAGIAN PENDAPATAN KEPADA MASYARAKAT

Usahawan boleh menjalankan atau melaksanakan tanggungjawab sosial seperti menghulurkan derma kebajikan, menjalankan aktiviti sosial dan membina prasarana. Semua aktiviti tersebut dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat. Selain itu, usahawan juga digalakkan untuk menyokong dasar-dasar kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamatkan penyusunan semula masyarakat dan pembasmian kemiskinan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *